Bahana gaduh luar bistro



Sibu: Polis menahan lima lelaki tempatan yang disyaki terbabit pergaduhan di luar sebuah bistro di Jalan Pahlawan di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, penahanan suspek berusia antara 29 hingga 50 tahun itu dibuat susulan video tular di media sosial sejak 11 pagi semalam.

Katanya, siasatan mendapati pergaduhan itu berlaku pada malam Sabtu.

“Hasil risikan, kelima-lima suspek berjaya ditahan mulai 2.15 petang semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Katanya, pihaknya memohon tahanan reman ke atas suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker