Kapal tangki Russia ditahan bersauh tanpa kebenaran

KOTA TINGGI: Sebuah kapal tangki Russia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 23.6 batu nautika di Timur Laut Tanjung Siang di sini, semalam.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, kapal tangki itu ditahan pada jam 3 petang oleh kapal ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan penguatkuasaan di perairan Johor Timur.

“Kapal tangki tersebut dikendalikan 19 kru lelaki dan dua wanita termasuk nakhoda berumur lingkungan 32 hingga 62 tahun. Semua mereka adalah warga Russia yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Nakhoda kapal tangki terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker