Lelaki terjun sungai ditemukan lemas



KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dipercayai terjun ke dalam sungai ditemukan lemas di Sungai Petagas, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa berusia 31 tahun itu dipercayai bertindak terjun di Jambatan Sungai Petagas sebelum ditemukan maut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.42 petang dan sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 10 kilometer dari BBP.
Pemanggil yang juga orang awam memaklumkan terdapat seorang lelaki dipercayai terjun ke dalam sungai di Jambatan Sungai Petagas.
Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba melalui Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
“Mangsa kemudian ditemukan pada pukul 3.51 petang pada jarak 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjun.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis dan mayat mangsa diserahkan kepada Polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Operasi SAR tamat sepenuhnya pada pukul 4.05 petang.
UTUSAN


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker