OPS Lejang amaran buat kenderaan ubahsuai

KUANTAN -Ubahsuai untuk tujuan menguji kelajuan, lumba haram atau rempit, tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor ( LKM ) tamat tempoh dan tiada perlindungan lnsuran merupakan fokus utama Ops Lejang yang diadakan di Jalan Bukit Ubi jam 9.00 hingga 12.00 tengah malam.
Keselamatan di jalan raya menjadi keutamaan serta tanggungjawab semua. Pemilik dan penunggang motosikal adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang undang berkuatkuasa serta tidak terlibat dalam aktiviti perlumbaan haram, rempit serta menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya yang boleh merbahayakan penunggang sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.
Tindakan tegas termasuk menyita motosikal akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang terhadap mereka yang didapati membuat pengubahsuaian motosikal bagi tujuan menduga kelajuan, tindakan ini juga bagi memastikan pemilik serta penunggang motosikal mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa.
Dalam ops secara bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar(JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu sejumlah 258 kenderaan telah diperiksa dan 73 daripadanya telah diambil tindakan.
Operasi yang melibatkan 40 orang pegawai dan anggota pelbagai agensi itu menyaksikan 146 saman dan 17 lain-lain notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dengan 3 buah motosikal dan 2 buah kenderaan persendirian telah di sita.
Dua buah kenderaan diberikan notis oleh pihak JAS atas kesalahan ekzos bising manakala AADK telah membuat saringan ke atas 24 orang pengguna jalanraya dan 3 orang didapati positif methamphetamin dan ganja.
JPJ NEGERI PAHANG

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button