Wolff bengang dengan FIA

Brackley: Toto Wolff menegaskan kenyataan Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) bahawa pelanggaran had bajet Formula Satu (F1) dilakukan Red Bull sebagai kesalahan kecil tidak memberi keadilan kepada impak kesalahan itu.

FIA mendapati Red Bull bersalah kerana berbelanja berlebihan tahun lalu iaitu lebih lima peratus atau AS$7.25 juta (RM34 juta), melebihi had ditetapkan AS$145 juta (681.2 juta).

Prinsipal pasukan Mercedes F1, Wolff berkata: “Adakah ia disebut sebagai pelanggaran kecil, kerana saya fikir perkataan itu mungkin tidak sesuai.

“Jika anda membelanjakan lebih AS$5 juta (RM23.4 juta) dan ia masih dianggap sebagai pelanggaran kecil, ia sebenarnya memberi impak besar kepada kejuaraan.



“Untuk makluman anda, kami memantau dengan teliti alat mana yang dibawa ke trek daripada pasukan utama pada setiap pusingan perlumbaan bagi musim 2021 dan musim 2022.

“Kita dapat melihat ada dua pasukan teratas yang berbelanja hampir sama dan ada satu lagi pasukan yang berbelanja lebih.

“Kami tahu apa yang kami belanjakan, iaitu AS$3.5 juta (RM16.4 juta) setahun untuk alat yang diperuntukkan untuk kereta. Jadi anda pasti akan dapat melihat ada perbezaan jika anda berbelanja lebih AS$500,000 (RM2.3 juta) daripada bajet asal.”

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker