Zaid gesa SPRM, AGC dedah hasil siasatan Mohd Nazlan

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim, menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara (AGC) mendedahkan hasil siasatan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Mohd Zaid turut meminta SPRM tampil menjelaskan sama ada salinan kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan yang bocor adalah sah atau tidak.

Beliau berkata, kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, bahawa kertas siasatan Mohd Nazlan tidak berada dengan AGC, adalah merunsingkan.

“Terpulang kepada SPRM untuk mengesah atau menafikan kesahihan itu,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini.

Jumaat lalu, peguam cara, firma guaman Mohd Zaid, Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) yang sebelum ini mewakili Datuk Seri Najib Razak, diberhentikan khidmat bagi mewakili bekas Perdana Menteri itu.

Semalam, Idrus ketika ditemui pada Simposium Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC, memberitahu kertas siasatan kes membabitkan Mohd Nazlan tidak berada dengan AGC

Sehubungan itu, Mohd Zaid berkata, terpulang juga kepada Peguam Negara untuk bercakap benar.

Pada Mei lalu, SPRM mengesahkan kertas siasatan mengenai kes membabitkan Mohd Nazlan sudah diserahkan kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

SPRM melalui kenyataan berkata, kertas siasatan itu diserahkan pada 18 Mei lalu selepas pihaknya melengkapkan siasatan mengenai dakwaan sumber kekayaan yang tidak dijelaskan membabitkan Mohd Nazlan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, sebelum ini berkata siasatan terhadap Mohd Nazlan adalah prosedur biasa selepas pihaknya menerima laporan secara rasmi.

Ia susulan Mohd Nazlan membuat laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaan ada sejumlah wang yang tidak dapat ditentukan punca dalam akaunnya.

Kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman Putrajaya pula berkata, artikel ditulis Raja Petra bertajuk ‘Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account’ yang disiarkan di sebuah portal adalah palsu dan tidak berasas.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker