EPL: Isyarat awal Man. City kekal penguasaan

EPL: Isyarat awal Man. City kekal penguasaan

EPL: Isyarat awal Man. City kekal penguasaan
HAALAND terus menambah koleksi jaringan apabila turut menyumbang satu gol ketika City menewaskan West Ham kelmarin. – AFP

LONDON – Manchester City mengekalkan rekod bersih dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas West Ham United di Stadium London malam kelmarin.

Kemenangan itu menyaksikan The Citizens terus menerajui liga dengan 15 mata selepas menang kesemua lima perlawanan awal, dua mata dibezakan dengan pencabar terdekat, Tottenham Hotspur dan Liverpool.

Pengurus City, Pep Guardiola menghamburkan pujian terhadap barisan pemainnya yang bangkit dengan tiga gol menerusi jaringan Jeremy Doku, Bernardo Silva dan Erling Haaland selepas ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama hasil jaringan James Ward-Prowse.



β€œKami mencipta banyak peluang menjaringkan gol walaupun berdepan sebuah pasukan yang mengamalkan taktikal bertahan. Justeru, saya sangat gembira dengan aksi yang mereka tampilkan hari ini (kelmarin).

β€œSatu kemenangan yang sangat berharga untuk kami, terutamanya ketika pasukan berdepan masalah kecederaan. Semua pemain sudah berikan segala-galanya bagi memastikan tiga mata menjadi milik City,” katanya.

Bekas jurulatih Barcelona itu juga percaya sikap sabar yang ditunjukkan semua pemain membuahkan hasil kerana beliau menganggap tidak mudah untuk memecahkan benteng pertahanan pasukan seperti West Ham.

β€œKetika waktu rehat, saya beritahu pemain-pemain supaya sabar dan tunggu peluang tiba. Walaupun terpaksa menunggu agak lama, namun ia berbaloi dan saya gembira dengan aksi keseluruhan pasukan,” jelas Guardiola. – AGENSI



EPL: Isyarat awal Man. City kekal penguasaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker