Aligator heret mayat manusia

Aligator heret mayat manusia

Aligator heret mayat manusia
PIHAK berkuasa menangkap aligator yang menarik mayat manusia yang identitinya masih tidak dikenal pasti. FOTO Spectrum News

Tallahassee, Amerika Syarikat: Mengerikan apabila seekor aligator sepanjang 4.27 meter (m), baru-baru ini, dilihat mengheret mayat manusia dengan menggunakan mulutnya.

Kejadian di Largo, berhampiran Tampa di Florida, Amerika Syarikat, kira-kira 2 petang, Jumaat lalu.

Orang awam, JaMarcus Bullard berkata, dia sedang mencari ikan di tasik berkenaan sementara menunggu temu duga kerja apabila dia ternampak kelibat haiwan itu mengheret badan manusia.



“Saya nampak macam ada badan manusia di dalam mulut (aligator itu).

“Jadi saya terus memanggil bomba,” katanya kepada WTVT.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?


Katanya, dia bimbang sekiranya mayat itu adalah kanak-kanak berikutan kawasan itu berhampiran dengan sebuah sekolah.

Susulan itu, kawasan terbabit ditutup sementara bagi memberi laluan polis dan bomba menjalankan tugas mereka.



Anggota bomba terpaksa berusaha bertungkus lumus supaya haiwan itu supaya ia keluar dari air.

Seorang penduduk yang tinggal berhampiran, Jennifer Dean berkata, orang ramai keluar dari rumah mereka apabila mereka mendengar bunyi tembakan.

Sementara itu, Pejabat Syerif Daerah Pinellas mengesahkan, haiwan itu dibunuh secara terhormat.

“Mayat itu adalah jasad individu dewasa dan bedah siasat akan dijalankan dalam masa terdekat untuk mengenal pasti identitinya,” kata polis.

Aligator heret mayat manusia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker