Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri menonton filem Air Force The Movie

Kuala Lumpur – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat menonton filem Air Force The Movie: “Selagi Bernyawa” di The Gardens Mall, Kuala Lumpur, semalam.
Turut berangkat YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan barisan produksi filem berkenaan.
Filem Air Force The Movie ialah sebuah filem fiksyen aksi ketenteraan Malaysia yang mengisahkan mengenai Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi, selepas kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditembak. Manakala pasukan Tentera Udara di Malaysia berusaha untuk menyelamatkan mereka.
Filem yang mendapat kerjasama TUDM ini akan mula ditayangkan pada hari ini 24 Ogos 2022.
IstanaNegaraOfficial

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker