8 lelaki, termasuk 4 datuk ditahan kes pindah milik tanah

Polis siasat dakwaan ADUN Selangor dera bekas isteri

JOHOR BAHRU: Lapan individu termasuk empat yang bergelar Datuk ditahan polis bagi membantu siasatan kes penipuan pindah milik tanah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) seluas lebih 1,699 hektar (4,200 ekar) di Kluang.

Kes itu membabitkan tiga lot tanah milik lembaga kemajuan itu yang dianugerahkan kerajaan negeri pada 1987 dengan nilai RM1.47 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata mereka terbabit juga adalah ahli lembaga pengarah sebuah koperasi dan pegawai pejabat tanah yang bertanggungjawab ketika transaksi pindah milik dilakukan, ditahan dalam Op Pekaka.

Mereka yang juga warga tempatan berusia 46 hingga 75 tahun ditahan antara jam 3 petang hingga 8 malam kelmarin ketika hadir memberi keterangan kepada polis di Johor, Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya polis mula menyiasat kes itu selepas menerima satu laporan pada Januari lalu daripada seorang penolong pegawai tanah sebuah agensi badan berkanun milik sebuah kementerian yang mendakwa tiga lot tanah berkeluasan lebih 1,699 hektar milik agensi berkenaan dipindah milik tanpa kebenaran.

Katanya, tanah bernilai pasaran lebih RM100 juta di daerah Kluang itu dipindah milik kepada sebuah syarikat persendirian tanpa pengetahuan dan kebenaran agensi itu.

“Tanah itu kemudian dipajak kepada sebuah koperasi pada 1994 yang mana koperasi itu kini sudah dibubarkan.

“Polis percaya dalam tempoh pembubaran itu, berlakunya perkara yang menyebabkan tanah dipindah milik kepada individu lain dengan nilai melebihi RM100 juta.

“Urusan pindah milik itu hanya dikesan berlaku pada pertengahan tahun lalu dan semakan mendapati tanah itu kini diusahakan sebagai ladang kelapa sawit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin.

Menurut Kamarul Zaman, sepanjang tempoh siasatan, seramai 28 saksi terdiri daripada pengarah syarikat, setiausaha, peguam, pelikuidasi, pegawai Pejabat Tanah dan Galian negeri serta pegawai agensi badan berkanun turut dipanggil memberi keterangan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Bagaimanapun, Kamarul Zaman berkata, semua suspek diberikan jaminan polis selama sebulan sementara pihaknya menyiapkan kertas siasatan dan kemudian menunggu arahan selanjutnya daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker