Polis akan panggil penganjur perhimpunan di Istana Negara

Kuala Lumpur: Polis akan membuka kertas siasatan dan memanggil penganjur perhimpunan penyerahan memorandum oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia (PJPNM) di perkarangan luar Pintu 3, Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pada 2 petang, semasa sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan Balai Polis Travers menjalankan penugasan kawalan keselamatan serta pemantauan, didapati perhimpunan penyerahan memorandum dengan dianggarkan seramai 300 orang berpakaian serba hitam berkumpul sambil melaungkan slogan “Hidup Najib dan Bossku”.

Menurutnya, polis mendapati penganjur perhimpunan tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan ini.

“Kertas siasatan akan dibuka dan penganjur akan dipanggil bagi memberi keterangan.

“Polis Brickfields menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada sama ada perbuatan atau ucapan yang boleh mengancam ketenteraman awam di negara ini, khususnya di Kuala Lumpur.

“Pihak polis juga menyeru orang ramai supaya tidak berkumpul atau mengadakan sebarang perhimpunan tanpa kebenaran yang sah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker