Siapa kata Najib tiada pengganti?



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Siapa kata Najib tiada pengganti?

 

Siapa kata Najib tiada pengganti selepas beliau menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah?

Umno kini kehilangan Najib Razak dalam menongkah arus politik, sebenarnya tidak perlu memikirkan siapa figura pengganti untuk menangkis serangan terhadap parti.

Antara yang boleh diketengahkan ialah Naib Presiden Umno, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Annuar Musa dan Khairy Jamaluddin.



3 figura ini mempunyai karektor yang disenangi rakyat dan mereka mampu membawa imej Umno dengan lebih baik.

Siapa kata Najib tiada pengganti?

Dengan jumlah pengikut yang ramai di media sosial, ditambah dengan ‘tentera siber’, Ismail Sabri merupakan antara figura terbaik untuk Umno.

Sebagai Perdana Menteri, barisan pegawai serta ‘tentera siber’ Ismail sentiasa siap siaga untuk menangkis serangan terhadap beliau dan menerangkan hal ehwal isu semasa dengan berkesan.

Annuar Musa juga tidak kurang hebatnya menjawap isu semasa di media sosial. Dengan kedudukan selaku Menteri KMMM, beliau mempunyai akses penuh untuk sentiasa muncul di saluran television terutama RTM.



 

Siapa kata Najib tiada pengganti?

 

Ini merupakan antara kelebihan Annuar Musa menjadi antara figura pengganti Najib bagi Umno. Bukan semua pemimpin Umno mampu mendapat liputan separti apa yang Annuar perolehi sekarang.

Khairy Jamaluddin, antara karektor yang disenangi anak muda serta ‘digilai’ dengan slogan “Tall, Dark, Handsome”, memudahkannya untuk menguasai pengundi 18 kelak.

Kelebihan Khairy yang kini merupakan Menteri Kesihatan boleh dimanfaatkan untuk menarik sokongan anak muda terhadap Umno. Pemikiran yang lebih berkarisma KJ juga memainkan peranan penting dalam memastikan beliau sentiasa dekat di hati pengundi muda.

Umno sebenarnya tidak perlu gusar untuk memikirkan siapa yang selayaknya menyaingi Najib Razak dalam menerangkan isu serta membawa suara rakyat menggunakan media sosial.



Sudah pasti 3 figura ini mampu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno dan BN bagi menghadapi PRU15 kelak.

 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker