Solidariti dan hala tuju parti dalam Taklimat Khas

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Solidariti dan hala tuju parti dalam Taklimat Khas

 

Solidariti dan hala tuju parti dijangka akan mengisi tentatif Taklimat Khas Umno pada 27 Ogos di WTC Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, semalam menyeru kehadiran semua ahli Umno serta NGO yang berminat untuk hadir ke Dewan Merdeka pada Sabtu ini bermula jam 2 petang.

Presiden Umno, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan membuat ucaptama dalam taklimat tersebut.

Ahmad Maslan menyeru agar semua ahli Umno yang hadir mengenakan pakaian korporat Umno berwarna merah sebagai tanda solidariti.

Beliau ditemui sejurus selesai mesyuarat Biro Politik Umno di tingkat 38 Menara Dato Onn, WTC Kuala Lumpur.

Solidariti dan hala tuju parti dalam Taklimat Khas

 

Dalam mesyuarat Biro Politik Umno semalam, tiada sebarang komen mahupun intipati mesyuarat diberikan kepada media.

Ahli mesyuarat yang hadir ke mesyuarat tersebut mengambil tindakan berdiam diri tanpa memberi sebarang ulasan.

Solidariti dan hala tuju parti dalam Taklimat Khas

Mesyuarat yang bermula jam 9 malam berakhir pada jam 11.35 malam dalam suasana tenang.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker