Zuraida Kamaruddin berjaya ‘jinakkan’ PPBM



 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Zuraida Kamaruddin berjaya 'jinakkan' PPBM

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berjaya jinakkan PPBM apabila masih kekal dalam kabinet disebalik desakan penggugurannya.

Selepas meninggalkan PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), Zuraida menyertai PBM (Parti Bangsa Malaysia). Sebelum itu beliau merupakan Naib Presiden PKR ketika bersama dalam Kerajaan Pakatan Harapan.

PPBM yang sebelum ini mendesak agar Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob memecat Zuraida dari jawatan Menteri kerana mendakwa jawatan tersebut merupakan KUOTA PPBM



Ketua Pemuda PPBM, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal juga menuntut agar jawatan tersebut dikembalikan kepada parti itu.

Zuraida Kamaruddin berjaya 'jinakkan' PPBM

Bagaimanapun, sehingga hari ini, Zuraida nampaknya langsung tidak terkesan dengan desakan malah masih meneruskan tugasan beliau selaku Menteri.

Ini merupakan tamparan kepada PPBM sebagai sebahagian daripada Kabinet Keluarga Malaysia dan tuntutan mereka tidak diendahkan.

“Saya tidak mahu ulas mengenai Parti Bangsa Malaysia (PBM). Saya cuma ambil berat mengenai Bersatu dan kedudukan kita dalam kerajaan yang menjadi sebahgaian daripada kandungan perjanjian antara Perdana Menteri dan pimpinan Perikatan Nasional,” – Tan Sri Muhyiddin Yassin ( Sinar harian 21 Jun 2022)



Zuraida Kamaruddin berjaya 'jinakkan' PPBM

Dengan hanya 3 wakil dari 222 ahli Parlimen dan 5 wakil dari 607 DUN, Parti Bangsa Malaysia, menunjukkan mereka lebih ‘berkuasa’ dari PPBM, parti yang jauh lebih besar dari mereka.

Ini menunjukkan kemampuan Zuraida mengekang tuntutan PPBM serta memberi sedikit pengajaran kepada PPBM.

Zuraida Kamaruddin berjaya 'jinakkan' PPBM

PPBM sewajarnya malu kerana mereka tidak mampu memadamkan nama Zuraida dari kabinet Keluarga Malaysia sepertimana yang mereka tuntut.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker