Anak bekas Menteri Pertahanan kekal dilepas dan dibebaskan

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan anak bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu iaitu Ahmad Saiful Islam kekal dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka, tiga tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said yang bersidang bersama Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah menetapkan perkara itu selepas mendapati tiada keraguan munasabah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Ahmad Saiful Islam sebelum ini.

Kamaludin berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan pendakwaan bahawa hakim mahkamah itu, Datuk Collin Lawrence Sequerah tersalah arah daripada segi fakta dan undang-undang.

“Mahkamah juga berpuas hati bahawa hakim berkenaan mempertimbangkan keterangan secara keseluruhan. Oleh itu, rayuan pendakwaan ditolak dan keputusan oleh Mahkamah Tinggi dikekalkan,” katanya.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker