Arsenal pinjamkan Pepe ke Nice

NICE, Perancis: Pemain antarabangsa Ivory Coast, Nicolas Pepe dipinjamkan kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal kepada Nice menerusi perjanjian setahun kata kelab dari French Riviera itu hari ini.

Pepe menyertai Arsenal dari Lille pada Ogos 2019 dan bermain 111 kali buat skuad Gunners.

Tiada klausa membabitkan pembelian dan pemain berusia 27 tahun itu boleh kembali ke London musim depan.

“Semua orang di Arsenal mengucapkan selamat buat Nico di Perancis bersama Nice musim depan,” kata Arsenal.



“Pemain sayap itu menamatkan musim selepas penampilan pertama dalam kesebelasan utama untuk final Piala FA 2020, membantu untuk gol kemenangan 2-1 mengatasi Chelsea,” kata kenyataan Arsenal.

Nice yang dimiliki usahawan petrokimia, Jim Ratcliffe berkedudukan kelima Ligue 1 musim lalu dan sudah menambah seorang lagi bekas pemain Gunner, Aaron Ramsey selain penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel ketika mereka cuba mencabar penguasaan Paris St-Germain dalam bola sepak Perancis.

 

 

 

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker