15 kes mahkamah gugur zaman PH, kenapa diam?

 

 

Oleh – Lily Jasmine

15 kes mahkamah gugur zaman PH, kenapa diam?



 

Nampaknya macai Pakatan Harapan (PH) semakin kering idea untuk menyerang UMNO sehinggakan tidak tahu membezakan antara serangan padu dengan serangan yang boleh back fire kepada mereka semula.

Serangan terhadap kenyataan Datuk Seri Azalina Othman Said yang mencadangkan Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun ditukar bukan sahaja membuka pekung di dada, malah memberi tamparan hebat kepada mereka apabila perbuatan pemimpin PH mencampuri urusan sistem kehakiman negara dibogelkan satu persatu.

Perjalanan kerjaya Idrus menimbulkan persoalan apabila dilantik kali pertama pada 6 Mac 2020 dan kali kedua pada 6 Mac 2022.

Pelantikan pertama pada zaman PH memerintah, manakala pelantikan kedua ketika kerajaan campuran Pakatan Nasional (PN) berkuasa.

Hakikatnya, kedua-dua kerajaan itu mempunyai agenda tersendiri dalam menjatuhkan UMNO.

Kerajaan PH tentunya musuh ketat UMNO, manakala kerajaan PN pula mempunyai pemimpin yang ada kepentingan peribadi sehingga sanggup membelakangkan kepentingan parti.

Lain kali nak lawan biarlah berilmu. Nampaknya satu jari menuding kepada UMNO, empat lagi jari menunjuk ke arah diri sendiri.

Mana tidaknya lihat sahaja fakta-fakta berikut yang membuktikan kerajaan PH selama 22 bulan telah banyak melakukan kerosakan terhadap sistem kehakiman negara, sekali gus menunjukkan betapa tidak hormatnya mereka kepada badan kehakiman negara.

Selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hasil menabur janji-janji palsu dan fitnah pada 2018, barisan menteri kabinet PH mula menunjukkan taring dengan menukar jawatan-jawatan penting dalam negara.

Di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kerajaan PH sewenang-wenangnya melakukan perkara seperti berikut:

1. Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara bukan Melayu pertama sejak penubuhan Malaysia pada 1963. Mahathir mencadangkan Tommy dilantik sebagai Peguam Negara menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Kenyataan dipetik dari Wikipedia menulis ayat, “Beliau dibawa untuk memimpin pembaharuan kerajaan Pakatan Harapan Malaysia.”

Namun pelantikan Tommy menyebabkan Peguam Negara ketika itu, Mohamed Apandi dipecat secara tidak sah. Tommy merupakan pilihan DAP!

2. Melantik Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 2 Mei 2019 sebagai Ketua Hakim Negara yang juga dikenali Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.

Beliau menggantikan tempat Tan Sri Richard Malanjum yang bersara.

Perdana Menteri ketika itu mempunyai kuasa untuk memilih calon bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut dan Mahathir telah memilih Tengku Maimun.

15 kes mahkamah gugur zaman PH, kenapa diam?

Ketika menghakimi kes rasuah melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, suami beliau, Datuk Zamani Ibrahim telah membuat hantaran negatif berkaitan diri Najib dalam Facebook bertarikh 11 Mei 2018.

Najib pernah melahirkan kebimbangan bahawa kenyataan jelek itu akan mempengaruhi keputusan pertuduhan kesnya yang sedang dihakimi isterinya, Tengku Maimun.

Kebimbangan Najib berasas kerana merasakan beliau tidak dapat pengadilan yang seadil-adilnya.

Situasi yang sama tetapi pengakhiran yang berbeza.

Laporan Berita Harian Online bertarikh 5 Julai 2018 menyatakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Sofian Abd Razak perlu menarik diri daripada mendengar kes pecah amanah membabitkan Najib kerana abang beliau merupakan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pahang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta daripada UMNO, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak.

Desakan itu dibuat Presiden Majlis Peguam Malaysia, George Varughese yang mendakwa Mohd Sofian perlu berbuat demikian bagi mengelakkan membuat keputusan yang berat sebelah.

Mohd Sofian akhirnya akur dengan desakan dan terpaksa meletak jawatan.

3. Meletakkan pemimpin kanan parti PH, Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa 1 Jun 2019.

Hasil permainan politik PH, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull terpaksa bersara awal bagi memberi laluan kepada Latheefa menyandang jawatan tersebut.

Untuk makluman Latheefa adalah Anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau bagaimanapun meletak jawatan pada Mac 2020. Peletakan jawatan itu ada kaitan dengan peletakan jawatan Mahathir sebagai PM pada Februari 2020. Soalnya, kenapa nak letak jawatan apabila Mahathir tidak lagi menjadi PM?

Lagi terang lagi bersuluh mungkin ini peribahasa paling cocok dikaitkan dengan macai PH.

Mereka tahu apa yang pemimpin mereka lakukan semasa berkuasa tetapi buat-buat tak tahu apabila menuduh Azalina tidak menghormati sistem kehakiman negara.

Yang dituduh itu adalah seorang peguam dan dia lebih tahu dan lebih berilmu daripada macai PH yang cakap tak serupa bikin.

Apabila melibatkan pemimpin PH seperti dalam kes pembelian lot banglo oleh Ahli Parlimen Bagan (DAP), Lim Guan Eng yang kemudiannya dibebaskan pada September 2018, tidak pula dikatakan mencampuri urusan kehakiman negara.

SPRM yang amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu sekadar meluahkan rasa terkejut sahaja di media arus perdana.

Tetapi apabila melibatkan kes Najib dan muncul pemimpin UMNO bersuara lantang menentang ketidakadilan, mereka dituduh pula sebagai perosak sistem kehakiman negara.

Aduhai..kalau kes Najib, semua tak boleh termasuk nak tukar peguam – tak boleh, nak masukkan fakta baru bagi membela diri – tak boleh. Boleh dikatakan semua tak boleh. Macam mana Najib nak pertahankan diri kalau semua tak boleh.

Betullah apa yang Azalina bangkitkan ketika berucap pada Majlis Taklimat Khas Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Sabtu lalu.

Katanya, “Keadilan dalam proses undang-undang itu adalah memberikan segala-galanya yang mahu dibawakan. Tapi nak tukar peguam pun tak boleh? Nak minta tangguh dua bulan tak boleh, tangguh tiga bulan tak boleh. Tan Sri Shafee minta tangguh satu hari, pun tak boleh. Itu yang saya tidak faham.”

Itu kata-kata Azalina yang bukan calang-calang orang kerana beliau juga adalah seorang peguam dan tahu apa yang dikatakannya.

Adilkah, kalau kes melibatkan pemimpin PH , semuanya dibolehkan sehingga ada yang dibebaskan daripada tuduhan rasuah.

Dilaporkan sepanjang PH memerintah selama 22 bulan, sebanyak 15 kes mahkamah melibatkan pemimpin mereka digugurkan.

Selain kes banglo Guan Eng, kes lain yang turut digugurkan adalah kes rasuah Rafizi Ramli (kepimpinan PKR).

“Pada zaman mereka, bila kes ditarik, kami tidak pula suruh letak jawatan. Bila libatkan ahli UMNO, kami dituduh sebagai kluster mahkamah, sedangkan apabila 15 kes mahkamah digugurkan, tidak pula kami katakan mereka kluster mahkamah,” kata Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) dalam satu laporan akhbar tempatan pada 4 Oktober 2021.

Nampak sangat kepimpinan dan macai PH syok sendiri dan buat-buat lupa apa yang telah mereka lakukan dahulu. Munafiknya kamu PH dan kuncu-kuncu kamu!



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button