36 mangsa banjir dipindahkan



TAIPING: Seramai 36 mangsa banjir dari lapan keluarga terpaksa dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Taiping, malam tadi setelah kediaman mereka dilanda banjir kilat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata antara kawasan yang terbabit banjir adalah dari Taman Seri Kota Fasa II, Kampung Sempadan, Kampung Air Kuning dan Taman Kuning Sari, di sini, dilanda banjir kilat.

Menurutnya pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 6?05 petang tadi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dan Kamunting segera ke lokasi kejadian untuk membuat pemantauan.

“Sehingga kini (sekitar 11 malam) seramai 36 mangsa dari lapan keluarga, telah dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Air Kuning.



” Kesemua mangsa adalah terdiri dari 16 lelaki dan 20 perempuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan kejadian banjir kilat yang berlaku disebabkan hujan lebat selama beberapa jam di kawasan terbabit namun keadaan terkawal.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker