2 Nelayan Bertarung 8 Jam Sebelum Diselamatkan, akibat bot karam

Seorang mangsa hanyut yang berjaya diselamatkan oleh nelayan dibawa naik ke jeti

DUA nelayan pukat udang bertarung nyawa lebih 8 jam di lautan selepas bot yang dinaiki karam berhampiran perairan Kuala Kedah, kelmarin.

Mangsa hanya bergantung kepada tong gas dan tong air untuk berpaut bagi harungi ombak sehingga kedua-duanya ditemui oleh sebuah bot pemancing yang lalu di kawasan berhampiran.

Bot dinaiki kedua-dua mangsa itu karam kira-kira pukul 3 pagi dan mangsa janya diselamatkan bot pemancing pukul 11 pagi keesokannya, apabila secara kebetulan melalui kawasan berkenaan.



Video dikongsi di media sosial telah menceritakan ada seorang lagi rakan mereka hilang di laut.  Rakan berkenaan dikhabarkan memakai jaket keselamatan. Nasib mangsa ketiga masih belum diketahui sehingga kini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker