Antony dilapor sertai United



LONDON: Manchester United dikatakan sudah mencapai persetujuan bagi menandatangani pemain sayap Brazil, Antony dari kelab Belanda, Ajax Amsterdam lapor BBC dan Sky Sports semalam.

Perjanjian berkenaan dilaporkan bernilai 80.75 juta pound (RM422.46 juta) bersama tambahan 4.25 juta pound (RM22.23 juta) lagi kata BBC.

Pemain berusia 22 tahun itu dikatakan akan melengkapkan ujian perubatan dalam tempoh dua hari lagi.

Antony atau nama penuhnya Antony Matheus dos Santos menyertai Ajax pada Februari 2020 dari kelab Serie A Brazil, Sao Paulo.



Dia membuat lebih 80 penampilan bersama kelab Belanda itu dalam semua kejohanan dan menjaringkan 25 gol.

Dia beraksi kali pertama bersama Brazil pada Oktober 2021 ketika menang 3-1 pada Kelayakan Piala Dunia menentang Venezuela.  REUTERS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker