Bursa Malaysia jatuh mendadak

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan sentimen mengelak risiko, mengambil petunjuk daripada penurunan mendadak di Wall Street pada Jumaat, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 16.29 mata kepada 1,484.0 daripada 1,500.29 pada Jumaat lalu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 13.77 mata kepada 1,486.52.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 494 berbanding 47 manakala 152 kaunter tidak berubah, 1,666 tidak diniagakan dan 81 yang lain digantung.



Jumlah dagangan sebanyak 200.45 juta unit bernilai RM105.12 juta.

“Kami percaya keputusan kadar faedah oleh Fed AS pada masa akan datang akan terus mendorong ketidaktentuan pasaran. Di peringkat tempatan, pelabur akan memantau data kadar inflasi Malaysia pada tengah hari,” katanya.

Mengenai komoditi, firma pembrokeran itu berkata harga minyak mentah meningkat melebihi AS$100 manakala minyak sawit mentah (MSM) diniagakan melebihi RM4,150.

Bagi sektor yang menjadi tumpuan, katanya pelabur mungkin mengelak saham teknologi dengan kewujudan semula kebimbangan mengenai implikasi daripada kadar faedah tinggi terhadap pasaran global.



Bagaimanapun, mereka mungkin memilih sektor yang defensif seperti saham pengguna, amanah pelaburan hartanah, bahan binaan, utiliti dan sektor perbankan untuk menghadapi tempoh tidak menentu.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Maybank dan Public Bank, masing-masing merosot tiga sen kepada RM8.88 dan RM4.60, Petronas Chemicals berkurangan satu sen kepada RM8.68, CIMB susut 11 sen kepada RM5.35 dan IHH Healthcare turun dua sen kepada RM6.35.

Daripada saham aktif, Dagang Nexchange merosot tiga sen kepada 84.5 sen, waran Serba Dinamik berkurangan setengah sen kepada 1.5 sen dan Agmo susut dua sen kepada 87.5 sen manakala Borneo Oil dan VinVest Capital, masing-masing tidak berubah pada 2.5 sen dan 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 132.52 mata kepada 10,516.32, Indeks FBMT 100 berkurangan 123.74 mata kepada 10,269.62, FBM 70 merosot 195.69 mata kepada 12,550.46, FBM ACE susut 123.37 mata kepada 4,833.0 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 161.04 mata kepada 10,598.93.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 65.90 mata kepada 6,988.44, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 2.57 mata kepada 179.61, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 117.62 mata kepada 16,606.07 dan Indeks Tenaga turun 14.24 mata kepada 713.20.

BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker