Monaco sekat permulaan sempurna PSG



PARIS: Neymar meledak penalti namun permulaan sempurna Paris Saint-Germain dalam kempen Liga Perancis tamat selepas seri 1-1 berdepan Monaco awal pagi tadi ketika Alexis Sanchez menjaringkan gol pertamanya buat Marseille yang menang 3-0 di Nice.

Di Paris, Neymar meledak gol kelapan dalam lima perlawanan musim ini menerusi penalti yang diberikan apabila VAR mengesan kekasaran terhadap pemain Brazil itu oleh pertahanan Monaco, Guillermo Maripan pada pertengahan babak kedua.

Monaco mendahului menerusi Kevin Volland yang mengatasi Presnel Kimpembe sebelum melepaskan sepakan mengatasi Gianluigi Donnarumma pada minit ke-20 di Parc des Princes.

Bagaimanapun PSG sekurang-kurangnya berhak mendapat seri daripada perlawanan itu selepas tiga cubaan terkena palang.



Keputusan itu merencatkan sedikit rentak mereka pada permulaan musim apabila menang tiga aksi liga dan menjaringkan 17 gol.

Mereka juga menewaskan Nantes 4-0 dalam Trofi Juara pada permulaan musim namun Monaco jelas skuad paling kuat ditentang mereka setakat ini.

“Kami berdepan kesukaran pada babak pertama berdepan lawan tahap Eropah tetapi kami sebenarnya berhak menang jika melihat persembahan pada babak kedua,” kata jurulatih PSG, Christophe Galtier kepada Amazon Prime.

PSG mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan dan berkedukan teratas Ligue 1, hanya dibezakan dengan jaringan gol berbanding Lens dan Marseille.



Sementara itu Sanchez meledak dua gol pada babak pertama ketika Marseille mudah membenam Nice bagi mengekalkan rentak tanpa kalah pada awal musim.

Pemain Chile yang juga bekas penyerang Arsenal itu menandatangani kontrak setahun selepas meninggalkan Inter Milan, membuka jaringan pada minit ke-10 dan gol kedua sebelum rehat.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker