Puad cabar Rafizi saman Latif

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Puad Zarkashi cabar Rafizi saman Latif



 

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puas Zarkashi mencabar Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk mengemukakan saman kepada Dr Latiff Ahmad.

Puad mencabar Rafizi menerusi entri terbaru beliau di facebook pagi ini. Beliau turut menyifatkan apa yang berlaku ialah perang antara PKR – PPBM dan tidak boleh dikaitkan dengan Umno.

 



Ini susulan penafian Latiff mengenai seorang individu bernama Zainab yang dikaitkan dengannya oleh Rafizi.

Puad dalam pada itu turut mempersoalkan niat Rafizi yang mengaitkan Latiff dengan Umno sedangkan semua tahu beliau adalah anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan tiada kaitan dengan Umno.

Rafizi sebelum ini mendakwa seorang individu bernama Zainab Mohd Salleh adalah isteri kepada Dr Latiff dan terlibat dalam skandal LCS.



Puad cabar Rafizi saman Latif

Dr Latiff Ahmad  dalam pada itu tampil menafikan dakwaan Rafizi Ramli menerusi satu kenyataan ringkas dan beliau bersedia untuk disiasat pihak berkuasa atas dakwaan tersebut.

Rafizi turut mendakwa, semakan dengan pangkalan data Paradise Papers mengesahkan kewujudan syarikat Alizes Marine Limited yang dimiliki oleh seorang wanita bernama Zainab Mohd Salleh.
 
Selain itu katanya, Zainab juga pemegang saham sebuah lagi syarikat pesisir luar pantai yang ditubuhkan di Malta bernama Intralogistics Limited, antara pemegang saham di dalam Alizes Marine Labuan.
 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button