Tidak makan mewah, teringat makanan penjara





Oleh –  Azrin Muhammad

Tidak makan mewah, teringat makanan penjara

RUTIN harian berubah ekoran bapanya disumbat ke penjara, Nooryana Najwa Najib atau nama manjanya Yana mengakui tidak sanggup untuk bermewah seperti sebelum ini khususnya melibatkan makanan.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Yana meluahkan rasa tidak sanggup untuk membeli-belah seperti sebelum ini kerana terbayang bapanya, Najib yang hanya makan makanan disediakan pihak penjara.

Tidak makan mewah, teringat makanan penjara

“Selalu teringat Bossku kat penjara sana makan apa?”

“Couldn’t even make myself order Starbucks today sebab Yana tau Bossku mesti rindu his caramel macchiato,” katanya menerusi hantaran Instgram, kira-kira tiga jam lalu.

Yana juga memberitahu, dia menyatakan rasa rindu untuk membeli makanan untuk Najib dan berdoa kembali berkesempatan berbuat demikian pada masa akan datang.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker