Asyraf Wajdi bidas surat Pejabat Peguam Negara

 

 

Asyraf Wajdi bidas surat Pejabat Peguam Negara

 

Kelmarin tular surat daripada Pejabat Peguam Negara yang didakwa mengarahkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mempercepatkan prosiding kes Datuk Seri Zahid.

Persoalannya, bolehkah Peguam Negara sebagai badan Eksekutif mencampuri urusan badan Kehakiman?

Bukankah seharusnya Pejabat Peguam Negara sendiri menghormati doktrin pemisahan kuasa antara 3 badan; Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman?

Mengapa hanya kes Datuk Seri Zahid, kenapa tidak kes-kes rasuah lain yang berprofil tinggi seperti Kes Rasuah Terowong Lim Guqn Eng, kes rasuah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman?



Walaupun hari ini, Pejabat Peguam Negara telah mengeluarkan kenyataan menarik balik surat tersebut, Pemuda UMNO menuntut penjelasan tuntas Peguam Negara kerana melibatkan kredibiliti dan imej institusi yang mula dikaitkan dengan percaturan politik sejak Tommy Thomas sendiri dengan bongkak mendedahkan kuasanya ketika menjadi Peguam Negara dalam buku beliau.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker