Aubameyang dipukul perompak

BARCELONA: Beberapa lelaki bersenjata merompak dan memukul penyerang Barcelona, Pierre-Emerick Aubameyang selepas memecah masuk rumah pemain itu.

Empat penceroboh memanjat masuk ke laman belakang rumah Aubameyang di Castelldefels.

Sumber polis memaklumkan El Pais, Aubameyang diugut dengan senjata api dan batang besi selain turut dipukul.

Perompak itu turut mengugut isteri pemain terbabit, Alysha Behague dengan senjata dan memaksa mereka membuka pintu besi.



Beberapa barang kemas dirompak dari kediaman itu dan empat lelaki terbabit melarikan diri dari tempat kejadian menaiki Audi A3 berwarna putih.

Polis Catalunya kini sedang memburu suspek yang terbabit dengan rompakan itu.

Sebelum ini, kes kecurian membabitkan pemain bola sepak berprofil tinggi memang sering berlaku di Sepanyol.

Namun kebanyakan insiden berlaku apabila pemain terbabit sedang beraksi dan tiada di rumah sekali gus menjadikan kes Aubameyang ini sebagai agak pelik.



Serangan ini mungkin membuatkan Aubameyang mahu meninggalkan Barcelona dengan segera apatah lagi dia dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker