Kes Zeti dan Nazlan perlu dibawa ke Mahkamah



 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Kes Zeti dan Nazlan perlu dibawa ke Mahkamah

Dua figura yang dikaitkan dengan SRC dan 1MDB, bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz dan Mohd Nazlan Ghazali perlu di bawa ke Mahkamah mengenai penglibatan mereka dalam skandal berprofil tinggi.

Ini berdasarkan laporan-laporan yang diterbitkan mengenai dua figura ini di semua media perdana dan siasatan yang telah dilakukan pihak berwajib.

Malah, bekas Peguam Negara, Tommy Thomas sendiri mengakui penglibatan Zeti dalam skandal 1MDB ketika ditemubual secara langsung.



“Zeti dan Mohamed dilaporkan disiasat oleh SPRM. Menurut Utusan Malaysia, siasatan itu dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.” 

Pihak SPRM telah mengesahkan siasatan terhadap Zeti telah lengkap dan dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya, namun hingga kini masih tiada pendakwaan dilakukan.

Rujukan – https://www.msn.com/en-my/news/berita/1mdb-kertas-siasatan-kes-suami-zeti-dirujuk-ke-peguam-negara/ar-AAW7tmu

– https://mykmu.net/2022/01/30/kertas-siasatan-lengkap-nasib-zeti-nor-mohamad-yakcop-kini-ditangan-peguam-negara/



– https://www.msn.com/en-my/news/berita/zeti-bekas-menteri-disiasat-sprm/ar-AAT20kM

Penglibatan Mohd Nazlan Ghazali dalam SRC pula dibongkarkan oleh Raja Petra Kamarudin. Beliau turut melampirkan no akaun Nazlan dalam pembongkaran tersebut namun telah diubahsuai bagi menjaga data perbankan milik Nazlan.

Rujukan – https://my-tv.online/2022/04/26/pendedahan-raja-petra-buka-pekung-konspirator/

– https://my-tv.online/2022/04/20/raja-petra-lawan-raja-nazlan-siapa-akan-kalah/



https://www.astroawani.com/berita-malaysia/siasatan-kes-hakim-mohd-nazlan-selesai-sprm-serah-kertas-siasatan-362476

https://www.msn.com/en-my/news/berita/sprm-siasat-hakim-nazlan/ar-AAWvBVS

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei lepas untuk kajian dan arahan selanjutnya.”

Peguam Negara kemudiannya mengejutkan semua pihak apabila menyatakan kertas siasatan terhadap Nazlan tidak ada bersama beliau.



Rujukan – https://www.malaysiakini.com/news/632903

Desakan Zaid Ibrahim kepada Peguam Negara – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/08/21/siasatan-kes-hakim-nazlan-sprm-agc-perlu-beritahu-perkara-benar-kata-zaid/

Terpulang kepada pembaca untuk menilai apa yang berlaku dalam kes melibatkan Zeti dan Nazlan dalam skandal 1MDB dan SRC.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker