Siapa yang arahkan Timbalan Pendakwaraya?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Siapa yang arahkan Timbalan Pendakwaraya?

 

Sepucuk surat Jabatan Peguam Negara, Malaysia bertarikh 29 Ogos 2022, telah tular di media sosial malam tadi. Menurut kandungan surat, Timbalan Pendakwaraya telah diarahkan untuk memohon kepada Hakim memberi keutamaan kepada kes WA-45-7-02/2019 dan WA-45-8-02/2019.

Meneliti kandungan surat tersebut, timbul persoalan siapa yang arahkan Timbalan Pendakwaraya berbuat demikian?

Siapa yang arahkan Timbalan Pendakwaraya?

Siapa yang arahkan Timbalan Pendakwaraya?

 

 

Kes yang tertera merupakan kes melibatkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Secara tidak langsung, ini menimbulkan spekulasi kalangan netizen, bagaimana surat yang sepatutnya diklasifikasikan sebagai ‘SULIT’ boleh tersebar luas menerusi whatsapp.

Adakah ia disengajakan untuk menimbulkan rasa marah ahli Umno dan berharap berlaku tindakan agresif ahli Umno seluruh negara?

Jika ia disengajakan untuk terlepas sebagai tatapan umum, siapa perancang di sebalik semua ini? 

KERETA PERISAI UNTUK HARI KEMERDEKAAN ‘TUMPANG’ BANGUNAN WTC

Siapa yang arahkan Timbalan Pendakwaraya?

Semua maklum, pada Sabtu lepas semasa sesi taklimat Presiden dan program Solidariti Najib Razak, sebuah kenderaan perisai Polis telah tiba di perkarangan WTC dan kemudian memasuki kawasan parkir di bawah bangunan WTC.



Tidak diketahui apa motif sebenar kehadiran kenderaan tersebut namun ada kalangan netizen menyatakan kenderaan tersebut adalah untuk raptai Hari Kemerdekaan.

Bagaimanapun, kenderaan tersebut didapati sudah tidak lagi berada di parkir selepas selesai mesyuarat Majlis Tertinggi Umno keesokannya.

Penularan surat dari Pejabat Peguam Negara juga menimbulkan persoalan, adakah ada pihak yang sudah tidak sabar untuk ‘memenjarakan’ Zahid sebagaimana yang telah menimpa Najib Razak?

Sudah pasti akan ada penjelasan daripada pihak berkenaan untuk insiden penularan surat tersebut. Keyakinan rakyat terhadap Institusi Kehakiman dan sistem Penghakiman semakin terhakis dengan beberapa penularan dokumen sebelum ini.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker