TAK MAHU BUANG MASA, ASYIK BERMURUNG – HARUN HASHIM BANTU ISTERI BERNIAGA

Pelakon veteran, Harun Hashim, 65, yang dikenali dengan pelbagai watak utama termasuk antagonis, kini sedang mengusahakan restoran di Batu Caves Centerpoint sejak seminggu lalu.

“Daripada duduk termenung fikir tiada kerja, baiklah saya berniaga. Saya buat keputusan ini kerana sebelum kita kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dah memang tak dapat berlakon. Jadi, saya tak mahu buang masa dengan asyik bermurung.

“Saya minat berniaga dan isteri pun pandai memasak. Jadi, kami jual makanan barat dan tempatan seperti pecal kerana sebelum ini pun, isteri ada kedai di Shah Alam. Apabila saya sakit misteri sekitar 1993 lalu, dia terpaksa berhenti berniaga untuk menjaga saya sehinggalah sembuh.

“Isteri akan uruskan kedai ini kerana dia juga suka berniaga. Alhamdulillah, setakat ini kedai kami mendapat sambutan yang baik terutama daripada rakan-rakan artis.

“Selepas ini saya bercadang nak buka cawangan kedai di Sentul pula, selain kami pun ada berniaga secara ‘online’. Syukur, ada ramai pelanggan yang buat tempahan untuk kenduri arwah dan lain-lain,” kata Harun.



Berkenaan kerjaya seni pula, Harun memberitahu yang dia akan kembali berlakon apabila keadaan kembali stabil: “Untuk tawaran berlakon memang ada diterima iaitu penggambaran bagi dua drama dan satu telefilem tapi semuanya ditunda akibat PKP sebelum ini,” jelasnya.

https://my-tv.online/2020/07/17/aziz-harun-rakam-lagu-dari-rumah/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker