Kerajaan kaji semula semua syarikat monopoli di negara ini

Kerajaan kaji semula semua syarikat monopoli di negara ini

Kerajaan kaji semula semua syarikat monopoli di negara ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media sempena lawatan rasmi ke Arab Saudi hari ini. – Foto BERNAMA

JEDDAH: Kerajaan akan mengkaji semula semua syarikat yang menikmati monopoli pada masa lalu sebagai usaha memastikan perkhidmatan ditawarkan lebih berdaya saing antara mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata semua kementerian sudah diminta mengkaji syarikat monopoli sedia ada di bawah bidang kuasa mereka dalam menggalakkan pembangunan ekonomi yang telus serta persaingan yang adil.

“Ini memerlukan kita membuat beberapa penyelarasan dan peralihan daripada sistem yang saya anggap sebagai huru-hara, usang hanya kerana kepentingan peribadi.



“Apakah rasional di sebalik keputusan untuk memberikan monopoli?.

“Semua kementerian sudah diminta membuat semakan bagi memastikan orang ramai diberi perkhidmatan yang lebih baik dengan harga yang lebih kompetitif,” katanya dalam sidang media pada hari terakhir lawatan rasminya di Arab Saudi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pengumuman kerajaan akan menamatkan monopoli syarikat tunggal yang dilantik oleh kerajaan dalam menjalankan pemeriksaan mandatori ke atas kenderaan secara komersial mahupun persendirian iaitu Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, hari ini dilaporkan berkata perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dibuka kepada pihak berkelayakan dan memenuhi syarat ditetapkan selepas konsesi semasa kepada PUSPAKOM



tamat pada 31 Ogos 2024.

Katanya, perkara itu diputuskan Jemaah Menteri pada 17 Mac lalu menyaksikan tiada lagi monopoli PUSPAKOM sebagai penyedia pemeriksaan berkala kenderaan motor berkuat kuasa 1 September 2024.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kerajaan juga tidak mengingkari komitmen untuk membantu syarikat Bumiputera.

Beliau berkata, inisiatif sedemikian bukan sahaja perlu telus dan adil, tetapi juga membolehkan persaingan yang adil dalam kalangan syarikat Bumiputera.

“Jika kebimbangan kita adalah untuk melindungi kepentingan Bumiputera, maka lakukan ia secara jelas dan telus serta biarkan mereka bersaing,” katanya.

Minggu lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan dilaporkan berkata, kerajaan akan mengkaji semula monopoli yang dipegang oleh Touch ‘n Go (TnG) sejak 1997.

Katanya, tidak ada sebarang peningkatan ketara dari segi perkhidmatan syarikat itu sejak penubuhannya.

“TnG sudah beroperasi selama kira-kira dua dekad, tetapi tidak ada sebarang kemajuan yang meyakinkan,” katanya.

Benarkah DAP Sudah Berubah?

Kerajaan kaji semula semua syarikat monopoli di negara ini


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah DAP Sudah Berubah?


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker