Haaland ledak hatrik sekali lagi

MANCHESTER: Pep Guardiola mencabar Erling Haaland untuk menjadi legenda Manchester City selepas penyerang Norway itu sekali lagi meledak hatrik, ketika kemenangan 6-0 ke atas Nottingham Forest.

Haaland memusnahkan Forest dengan tiga gol dalam tempoh 26 minit di babak pertama aksi di Stadium Etihad, hanya empat hari selepas dia merakam hatrik ke atas Crystal Palace.

Penyerang 22 tahun itu menjadi pemain pertama di era Liga Perdana Inggeris, meledak sembilan kali dalam lima penampilan pertama di kejohanan itu, memecahkan rekod bekas bintang City, Sergio Aguero dan Micky Quinn.



Haaland masih jauh untuk mengejar pencapaian Aguero sebagai penjaring terbanyak City, tetapi Guardiola yakin bekas pemain Borussia Dortmund itu mampu melakar namanya dalam sejarah kelab.

“Sergio adalah legenda. Tidak ada sesiapa dapat mengatasi tempatnya di hati peminat City, menjaringkan gol paling penting dalam sejarah moden.

“Erling mempunyai kualiti untuk berada di sana. Ia bukan berkenaan dirinya atau Sergio. Apa yang Sergio lakukan sangat menakjubkan, tetapi Erling mempunyai bakat ini.

“Ketika City membeli Erling, semua orang berkata tentang apa yang dia lakukan sebelum ini. Apa yang kami mahu lakukan ialah membantunya. Diharap dia dapat menikmatinya dan menjaringkan lebih banyak gol.



“Apa yang dia lakukan di Norway, Austria dan Jerman, dia cuba lakukan di sini. Dia berbakat dan kami mengetahuinya,” kata Guardiola.

City mendahului permainan pada minit ke-12 apabila hantaran lintang Phil Foden menemui Haaland.

Haaland, yang bapanya Alfie bermain untuk Forest antara tahun 1993 hingga 1997, meledak buat kali kedua pada minit ke-23 dan melengkapkan hatriknya lapan minit kemudian.

Joao Cancelo melebarkan kedudukan pada minit ke-50 sebelum Julian Alvarez meraikan permulaan Liga Perdana Inggeris pertamanya dengan dua gol pada minit ke-65 dan 87.



Ia adalah kemenangan besar pertama City sejak menewaskan Leeds 7-0 pada Disember.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button