Memo IPIC bocor, saksi tiada kredibiliti, Najib wajar dapat keadilan

Oleh – Bakhtiar Omar


Memo IPIC bocor, saksi tiada kredibiliti, Najib wajar dapat keadilan

Dua minggu kebelakangan ini, negara dikejutkan dengan kebocoran Memo IPIC yang dikaitkan dengan Dato Sri Najib Razak.

Manakala saksi utama dalam kes 1MDB, Zeti Aziz digambarkan sebagai saksi yang tiada kredibiliti ketika menjawap soalan dalam Mahkamah.

Berikutan kebocoran Memo IPIC, laporan polis telah dilakukan oleh banyak pihak termasuk rakyat biasa yang tiada kepentingan politik.

Ini bagi mendesak samada benar atau tidak memo tersebut dan kewujudan campurtangan pihak tertentu untuk ‘mengenakan’ Najib di Mahkamah dengan kes IPIC. 

Memo IPIC bocor, saksi tiada kredibiliti, Najib wajar dapat keadilan

Jika dibaca memo tersebut, Pejabat Peguam Negara sendiri bersetuju tiada keperluan untuk mendakwa Najib dengan kes IPIC tetapi malang sekali beliau tetap di heret ke Mahkamah.

Memo IPIC bocor, laporan polis dilakukan rakyat marhein

Ramai terutama rakyat menanti hasil siasatan PDRM dalam isu kebocoran Memo IPIC dan berharap agar keputusan segera diperolehi.

Dalam isu Zeti sebagai saksi yang tiada kredibiliti, ramai mengikuti rapat ketika sesi soal jawap antara pasukan Peguambela dan Zeti Aziz.

Sebelum ini, dilaporkan Singapura telah memaklumkan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai transaksi mencurigakan daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low kepada sebuah syarikat milik Tawfiq ketika Zeti masih mengetuai bank pusat itu. – Laporan 19/11/2021

Cara Zeti menjawap soalan yang dikemukakan dikatakan tidak menepati apa yang ditanya. Selain itu, Zeti juga dikatakan banyak menyalahkan pihak lain yang tidak memberi laporan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dalam urusan kemasukan wang dalam jumlah besar ke akaun Najib Razak.

Zeti juga menimbulkan keraguan kepada pemerhati apabila menyatakan tidak mengetahui suaminya, Tawfiq Ayman mempunyai kaitan dengan kes 1MDB.

Beliau juga dilihat banyak mengelak soalan dari Tan Sri Shafee setiap kali disoal peguam itu.

Singapura telah memulangkan ke Malaysia sejumlah AS$15.4 juta dana berkaitan 1MDB yang melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq Ayman – suami kepada bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

Menurut suruhanjaya pencegahan rasuah itu, dana AS$15.4 juta tersebut telah dikaitkan dengan akaun Cutting Edge Industries Ltd, yang dikatakan milik bersama oleh Tawfiq dan Samuel Goh. – S’pura pulangkan AS$15.4 juta berkait 1MDB didakwa pindah ke syarikat suami Zeti

Sebagai contoh bila dikatakan Zeti adalah saksi yang tiada kredibiiti, pada 3 Julai 2018, Zeti menafikan mengetahui kewujudan dana sebanyak RM 2.6 billion. 

Namun begitu pada 29 Ogos 2023, Zeti mengakui mengetahui kemasukan dana sebanyak USD 20 juta dari Putera Faisal Turki ke akaun Najib Razak.

Sebagai rekod, Zeti Aziz berkhidmat sebagai Gabenor Bank Negara selama 16 tahun bermula dari 1 Mei 2000 hingga 28 April 2016.

Zeti beri gambaran Bank Negara senang kena ‘scam’

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker