Mahathir positif covid, IJN sudah tukar status?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Mahathir positif covid, IJN sudah tukar status?

Tun Mahathir telah disahkan covid-19 positif menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan. Dalam kenyataan tersebut ada memaklumkan, Mahathir dimasukkan ke IJN (Institut Jantung Negara) mengikut nasihat pasukan kesihatan.

Agak pelik apabila Mahathir, yang disahkan positif covid-19 dimasukkan ke wad di IJN sedangkan semua maklum pesakit jantung merupakan golongan berisiko tinggi.

Baca – RISIKO COVID TERHADAP PESAKIT JANTUNG

 

 

IJN pula merupakan sebuah hospital yang menempatkan pesakit jantung dan melakukan pembedahan jantung berisiko.

Mana-mana pesakit yang didapati positif covid-19 pula sepatutnya diasingkan serta dijauhkan daripada golongan berisiko tinggi.

Malah, untuk diterima masuk ke sesebuah hospital sebagai pesakit, seseorang itu perlulah bebas covid dan disahkan melalui ujian klinikal yang dijalankan.

Mahathir positif covid, IJN sudah tukar status?

Mengejutkan sekali apabila IJN membenarkan Mahathir yang positif covid-19 ditempatkan di wad IJN. Sejak bila IJN bertukar status menjadi Hospital Covid?

Ada juga netizen melontarkan pendapat mereka di media sosial mengenai kemasukan Mahathir ke IJN jika sudah dimaklumkan positif covid-19.

Mahathir positif covid, IJN sudah tukar status?

Bagi mereka, mengapa IJN jadi pilihan jika sudah tahu positif covid? Adakah Mahathir sedang merancang sesuatu dan hanya berselindung disebalik alasan kesihatan? 

Ramai juga kalangan netizen berpendapat, inilah cara Mahathir meredakan sesuatu isu yang dikaitkan dengannya atau beliau sendiri mempunyai peranan dalam satu-satu isu.

Pihak kami tidak menuduh cuma musykil mengapa IJN?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker