Minyak sawit botol turun harga

KUALA LUMPUR: Harga maksimum minyak sawit botol pelbagai saiz turun berkuat kuasa 8 September sehingga 7 Oktober ini, dengan kandungan lima kilogram (kg) mencatat pengurangan terbesar iaitu daripada RM34.70 kepada RM33.50.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, berkata penurunan harga tetap boleh dilaksanakan walaupun harga minyak sawit mentah (CPO) mencatat sedikit peningkatan.

“Berlaku sedikit kenaikan harga CPO pada Ogos berbanding bulan sebelumnya, iaitu daripada RM4,060 kepada RM4,170 satu tan, naik RM110.

Bagaimanapun, kita melihat harga dahulu dengan harga lantai dan keadaan sudah stabil selepas sebulan lebih waktu penurunan minyak peringkat awal.

“Mengambil kira faktor ini, jawatankuasa memutuskan untuk menurunkan lagi harga maksimum minyak sawit botol lima kilogram daripada RM34.70 kepada RM33.50,” katanya pada sidang media Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, hari ini.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, turut mengumumkan penurunan harga minyak masak botol tiga kg daripada RM21.70 kepada RM21.10, dua kg (RM14.70 kepada RM14.30) dan RM7.70 kepada RM7.50 bagi botol satu kg.

“Kita Kita juga berpuas hati dengan syor dikemuka Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bahawa harga minyak boleh terus diturunkan,” katanya.

Sebelum ini, Annuar dilaporkan berkata, harga minyak masak sawit dalam botol akan ditetapkan secara bulanan berdasarkan harga satu tan CPO bulan sebelumnya.

Katanya, kadar siling bulanan itu akan ditetapkan melalui kaedah pengiraan ditentukan KPDNHEP selepas rundingan bersama penggerak industri minyak sawit tulen.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker