Perjanjian Ismail, Muhyiddin perlu didedahkan



 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Perjanjian Ismail, Muhyiddin perlu didedahkan segera

 

Perjanjian antara Ismail Sabri Yaakob dan Muhyiddin Yassin perlu didedahkan segera bagi mengelak spekulasi yang boleh memudaratkan politik negara.

Ini berikutan pendedahan yang dilakukan Lokman Adam berkaitan klausa ke 7, 8 dan 9 dalam perjanjian tersebut.

Pendedahan Lokman



  • Ismail Sabri berjanji kepada Muhyiddin beliau tidak akan menukar Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun
  • Ismail Sabri berjanji akan mengekalkan jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC dari PPBM dan PAS
  • Ismail Sabri berjanji kepada Muhyiddin akan menyegerakan kes DS Najib Razak dan DS Zahid Hamidi

Sekiranya apa yang dibongkar Lokman merupakan satu tuduhan terhadap kedua-duanya, sewajarnya tindakan saman dimulakan.

Namun demikian, Ismail dan Muhyiddin juga wajar mendedahkan keseluruhan butiran perjanjian yang telah ditandatangani mereka dan disaksikan Annuar Musa dan Takiyuddin.

Perjanjian Ismail, Muhyiddin perlu didedahkan segera

Sebelum ini Marzuki Mohamad mengesahkan wujud perjanjian antara Ismail Sabri dan Muhyiddin.

“(Salah) Satu fasal dalam perjanjian ini menyebut bahawa dokumen perjanjian tidak boleh diterbitkan atau dizahirkan dalam apa-apa bentuk.



“Ia hanya boleh disimpan untuk rujukan kedua-dua pihak,” 

Takiyuddin Hassan juga mengakui beliau adalah individu yang telah menyiapkan draf perjanjian bagi jawatan TPM.

“Saya adalah bekas Menteri Undang-Undang, jadi semua yang berkaitan dokumen undang-undang saya akan diminta membuat berkenaannya, bukan kerana saya (semata-mata) adalah Takiyuddin. Ia (isu TPM) bukan satu perjanjian, sebaliknya dipanggil sebagai Memorandum Perjanjian (MoA),”

Perjanjian Sulit Muhyiddin & Ismail Sabri
Adakah wujud perjanjian ini? Sumber – sebaran whatsapp

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker