Iran: Tiga lagi penunjuk perasaan dihukum mati

Iran: Tiga lagi penunjuk perasaan dihukum mati

Iran: Tiga lagi penunjuk perasaan dihukum mati
ORANG ramai memegang potret rakyat Iran yang dipenjara dan dihukum mati ketika protes membantah rejim Iran diadakan di Lyon. – AFP

DUBAI: Badan Kehakiman Iran menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga lagi penunjuk perasaan anti-kerajaan atas tuduhan `melancarkan perang terhadap Tuhan’.

Agensi berita Mizan melaporkan kes tersebut ketika Iran berdepan kritikan antarabangsa yang semakin meningkat berhubung tindakan keras terhadap penunjuk perasaan di negara itu.

Iran menggantung dua lelaki dalam usaha menghapuskan demonstrasi yang kini menjadi agak perlahan sejak negara itu mula melaksanakan hukuman mati dalam tempoh beberapa minggu selepas penahanan.

Dilaporkan, seorang daripada lelaki itu merupakan juara karate yang pernah merangkul beberapa gelaran juara negara.

Memetik laporan Mizan, Saleh Mirhashemi, Majid Kazemi dan Saeid Yaghoubi disabitkan dengan tuduhan membunuh anggota sukarelawan separa tentera Basij ketika protes antikerajaan berlaku di tengah bandar Isfahan.

Jelas laporan itu, ketiga-tiga individu itu boleh membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Menurut badan kehakiman, sekurang-kurangnya empat individu termasuk dua penunjuk perasaan yang didakwa membunuh seorang anggota Basij, dijatuhi hukuman gantung sejak demonstrasi bermula.

Pasukan separa tentera Basij yang bergabung dengan anggota Pengawal Revolusi berada pada barisan depan tindakan keras negara terhadap demonstrasi tercetus akibat kematian Mahsa Amini, 22, dalam tahanan polis moral pada 16 September tahun lalu.

Terdahulu, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khemenei memberi isyarat bahawa kerajaannya tidak bercadang untuk meringankan hukuman dilaksanakan di negara itu.

Beliau dalam satu ucapan disiarkan di televisyen menegaskan individu yang bertindak membakar di tempat awam sudah melakukan pengkhianatan tanpa keraguan.

Di bawah undang-undang Islam di Iran, perbuatan pengkhianatan boleh dikenakan hukuman mati.

Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?

Iran: Tiga lagi penunjuk perasaan dihukum mati

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz masih “bercuti bersalin”?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker