Universiti of Wilmington tawar fakulti sukan sains

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Universiti of Wilmington tawar fakulti sukan sains

Unversiti of Wilmington Metropolitan Malaysia, menawarkan kursus Sains Sukan berimpak tinggi kepada lepasan SPM, STPM dan lepasa Diploma dari pelbagai bidang.

Bertempat di Pusat Bandar Putra Permai, lokasi bersesuaian dipilih bagi menempatkan kampus Universiti of Wilmington Malaysia untuk pelajar kelak.

Fakulti Sains Sukan mengutamakan kualiti pendidikan terutama bagi golongan B40 dan M40. Mereka ini perlu diberikan peluang menggapai cita-cita untuk membantu mengubah taraf hidup ke arah yang lebih baik.

Universiti of Wilmington tawar fakulti sukan sains
Prince Mumba dan Mejar (K) Dr Suwaibah Nasir

Menurut Dekan Fakulti Sains Sukan, Professor Madya Mejar (Kehormat) Dr Suwaibah Nasir, apa yang ditawarkan sejajar dengan prinsip fakulti itu sendiri yang mahu melahirkan usahawan dalam industri sukan Malaysia.

Bagi memberi impak yang lebih baik, WMU membawa Prince Mumba yang merupakan seorang jaguh sukan dan Olympian dari Zambia bagi menyertai Larian Merdeka WMU yang telah diadakan pada 30 Ogos 2022.

Universiti of Wilmington tawar fakulti sukan sains
Dato Luqman Hakim, CEO GISB

Kehadiran Prince Mumba adalah untuk berkongsi ilmu dengan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil bersama Remaja Pembela Ummah dari Global Ikhwan Sdn Bhd.

Dalam pada itu, WMU juga telah melantik CEO GISB, Dato Lokman Hakim, sebagai Professor Bersekutu Universiti of Wilmington Malaysia.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker