Bekas perunding unit amanah didenda RM2 juta



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) menegur dan mengenakan denda sebanyak RM2 juta terhadap bekas perunding unit amanah, Harani Kamarudin, atas kesalahan menipu pelabur.

Harani dikesan melakukan penipuan itu di antara November 2012 hingga November 2019, dan menyebabkan mangsa kerugian RM1.32 juta.

Dalam kenyataannya, SC berkata, penemuan pelanggaran dan sekatan yang dikenakan terhadap Harani, dibuat selepas melalui proses sewajarnya, termasuk memberikan peluang untuk beliau menjawab mengenai kesalahan itu dan keputusan SC.

“Sebagai sebahagian daripada penipuannya dan untuk menarik perhatian mangsa untuk melabur dengannya, Harani antara lain membuat pernyataan palsu mengenai sifat dan ciri pelaburan serta menjamin hasil pelaburan dan pulangan tertentu kepada mangsa, yang tidak menjadi kenyataan.



“Disebabkan kelakuan dan tindakannya, dia telah melanggar seksyen 354(1)(b)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang dibaca bersama peruntukan Kod Etika dan Peraturan Kelakuan Profesional Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (Dana Unit Amanah),” kata SC dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada Jun tahun lalu, SC dalam satu kenyataan meminta bantuan orang ramai mengesan Harani, yang disyaki melakukan beberapa salah laku berkaitan pelaburan unit amanah.

Ketika itu, SC memaklumkan pendaftaran Harani, 38, dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) juga terbatal pada 27 November 2020.

Lelaki itu sebelum ini pernah berkhidmat dengan Eastspring Investments Berhad sebagai perunding unit amanah.



BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker