Inflasi mungkin lebih tinggi jika harga petrol diapungkan

Kuala Lumpur: Kesan inflasi berpotensi naik lebih tinggi sekiranya harga petrol diapungkan tahun depan.

Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Ts Dr Anuar Shah Bali Mahomed berkata, ia termasuk kesan tidak langsung inflasi domestik iaitu kesan pindahan termasuk kos bahan mentah pengangkutan logistik dan utiliti.

“Pastinya kesan langsung harga dipindahkan secara terus ke atas harga barangan dan perkhidmatan akhir yang dibeli pengguna.

“Inflasi berpotensi naik lebih tinggi dan pastinya menyebabkan kenaikan kos sara hidup,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, kenaikan harga barang juga boleh menyebabkan peniaga menaikkan harga barangan termasuk makanan berdasarkan pelarasan harga baharu selepas peningkatan kos.

“Bagi mengelak ketirisan petrol dan subsidi bersasar, kerajaan boleh mengenal pasti mekanisme yang terbaik bagi peralihan subsidi petrol ke dalam bentuk lain sebagai contoh peralihan subsidi petrol melalui kaedah penyaluran ke kad pengenalan, e-tunai atau e-dompet yang hanya boleh digunakan untuk membeli petrol dan benar-benar memberikan fokus kepada kumpulan sasar termasuk peniaga yang bersesuaian.

“Permintaan dan penawaran kembali kepada fitrah kerana tiada lagi campurtangan kerajaan dan kerajaan boleh memberikan fokus utk perkenalkan subsidi bersasar kepada golongan B40 dan sebahagian M40 yang memerlukan,” katanya.

Dr Anuar Shah berkata, penjimatan subsidi perlu kekal telus.

“Nilai penjimatan boleh diguna untuk baiki infrastruktur dan penyelenggaraan aset kerajaan yg kritikal yang diguna bagi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker