Kertas siasatan Zeti, Nazlan jadi “pembungkus” makanan?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Nazlan, Zeti & Tawfiq - Kertas siasatan Zeti, Nazlan jadi "pembungkus" makanan?

 

Berbicara mengenai kertas siasatan, pasti tidak boleh elak dari mengulas kertas siasatan Zeti, Nazlan dan beberapa nama.

Namun demikian, sehingga hari ini, adakah kertas siasatan mereka hanya sekadar “pembungkus” makanan?

Kemusykilan timbul apabila masa yang diambil terlalu lama untuk kertas siasatan yang telah diserahkan oleh SPRM ke Pejabat Peguam Negara.



Pendedahan Tommy Thomas berkaitan Zeti dalam skandal SRC tidak boleh dinafikan. Malah, Tommy turut mengakui mengenainya dalam satu wawancara.

Rakyat turut tertanya mengapa masih tiada sebarang tindakan diambil terhadap semua ‘bukti’ yang diserahkan melibatkanΒ ZETI AKHTAR AZIZ dan Nazlan Ghazali.

Lebih mengejutkan, apabila Peguam Negara sendiri mengakui kertas siasatan Nazlan tidak berada diΒ PEJABAT PEGUAM NEGARA.

Ini berbeza dengan kenyataan awalΒ PEGUAM NEGARA yang mengesahkan kertas siasatan Nazlan sedang diteliti. Mana satu yang betul sebenarnya?Β 



Kertas siasatan Zeti, Nazlan jadi "pembungkus" makanan?

β€œSiasatan yang bermula sejak Mac lalu telah dilengkapkan dengan mengumpulkan bukti berkaitan mengikut panduan dan prosedur ditetapkan,” katanya.

Pada 23 Apr lalu, KETUA PESURUHJAYA SPRM AZAM BAKI, mengesahkan pihaknya membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Nazlan memiliki RM1 juta dalam akaunnya yang tidak dapat dijelaskan.Β 

Katanya, SPRM membuka kertas siasatan selepas menerima β€œbeberapa laporan” dan bukan disebabkan dakwaan dibuat dalam portal atau media sosial. – LaporanΒ FMT 21 Mei 2022

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker