Strategi serta bahan yang digunakan sangat penting – Noraini

PUTRAJAYA: Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) konvensional yang bergantung kepada nota atau kuliah semata-mata sudah tidak relevan, sebaliknya perlu lebih bersifat praktikal dan berupaya memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.

Justeru, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata aspek strategi serta bahan yang digunakan dalam reka bentuk kurikulum adalah sangat penting, terutamanya bagi menghasilkan pengalaman PdP yang lebih menarik dan mengujakan.

Untuk tujuan itu, beliau berkata, sektor pendidikan tinggi perlu melakukan breakthrough innovation atau inovasi berskala besar, yang dapat memberi nilai tambah tidak terjangka kepada pemegang taruh berkaitan.



“Selama ini, pendekatan yang digunakan adalah bersifat incremental innovation atau penambahbaikan yang dibuat berskala kecil.

“Melalui pendekatan breakthrough innovation, kurikulum yang dibangunkan hendaklah dapat membantu ahli akademik merancang persekitaran pembelajaran secara holistik dengan mengambil kira situasi semasa dan akan datang.

“Kurikulum yang dihasilkan juga hendaklah berupaya membantu pelajar untuk belajar melebihi tahap pengetahuan semasa mereka,” katanya dalam teks ucapan pada majlis Anugerah Khas Menteri Pengajian Tinggi: Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI), hari ini.

BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button