Apa manifesto PH jika berkerjasama dengan PN?



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal



Apa manifesto PH jika berkerjasama dengan PN?

 

Menjadi persoalan besar kepada rakyat apa manifesto yang akan dibentangkan sekiranya PH (Pakatan Harapan) dan PN (Perikatan Nasional) jika mereka berkerjasama dalam PRU15.

Semua maklum, selepas PH tumbang, agak sukar bagi parti dalam gabungan tersebut kembali mempercayai Muhyiddin Yassin. Malah, ‘Sheraton Move’ dijadikan kayu pengukur buat PH untuk beringat apa rasanya bila dikhianati.

Malah, PN sendiri mengakui mereka tidak mampu menewaskan BN (Barisan Nasional) sekiranya bertanding bersendirian. Satu bentuk kerjasama tanpa ‘ikatan’ perlu diwujudkan bagi memastikan kekalahan BN tercapai.



Apa manifesto PH jika berkerjasama dengan PN?

Oleh demikian, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan cadangan agar mereka (PN & PH) membentuk persefahaman dengan alasan mahu menyelamatkan negara dari BN.

Bayangkan sekiranya kerjasama PH-PN menjadi realiti. Adakah pimpinan PH-PN akan mengekalkan manifesto yang sama pernah dibentangkan ketika masih bersama dalam gabungan dahulu?

Walau pada dasarnya PAKATAN HARAPAN menolak cadangan Muhyiddin, tidak semestinya ia tidak boleh direalisasikan sekiranya kerjasama itu mampu memberi kemenangan buat mereka.

Apa manifesto PH jika berkerjasama dengan PN?

Ini kerana PH juga sedar kekuatan mereka telah pudar apabila manifesto yang dikemukakan dahulu gagal.



Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan PH jika mereka mahu kembali membentuk kerajaan. Hakikat yang perlu diakui PH, mereka memerlukan sokongan dari pihak lain sekiranya berhajat untuk menawan kembali Putrajaya.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker