Bagnaia menang MotoGP San Marino



MISANO ADRIATICO, Itali: Pelumba Itali, Francesco Bagnaia memenangi saingan MotoGP San Marino, di sini, sebentar tadi, untuk gelaran keempat berturut-turut dalam kategori utama perlumbaan.

Bagnaia yang mewakili Ducati Lenovo Team mengenepikan cabaran Enea Bastianini dalam perlumbaan sengit untuk meletakkan kedudukannya hanya ketinggalan 30 mata ke atas penyandang juara dunia, Fabio Quartararo yang mendapat tempat kelima.

Dia kini menduduki tempat kedua senarai kejuaraan di depan pelumba Sepanyol, Aleix Espargaro yang menamatkan saingan di belakang Quartararo.

 

 

 

– AFP





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker