Khairy akan bertanding di Parlimen Seremban?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Rembau pada PRU15.

Sebaliknya, menurut Khairy Jamaluddin atau dikenali sebagai KJ, beliau memberi laluan kepada Ketua Umno Bahagian Rembau, Dato Seri Utama Mohamad Hasan untuk bertanding di kerusi Rembau.

 

Khairy akan bertanding di Parlimen Seremban?

 

KJ juga memberitahu, beliau masih belum ada perancangan akan bertanding di Parlimen mana pada PRU15, sebaliknya beliau berkata mungkin tidak akan bertanding langsung.

Namun demikian, adalah sesuatu yang merugikan buat Khairy sekiranya beliau enggan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen.

 

Khairy akan bertanding di Parlimen Seremban?

 

Reputasi beliau sebagai ‘Ikon’ anak muda tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Bukan sahaja anak muda, pengundi kawasan bandar (urban) juga memerlukan seorang wakil seperti KJ.

Tempat paling sesuai buat Khairy adalah Parlimen Seremban. Bancian pada 2020 menunjukkan kaum Bumiputera menguasai 62.5% daripada sejumlah 272,520 penduduk di Seremban, Negeri Sembilan.

 

Khairy akan bertanding di Parlimen Seremban?

 

Ini merupakan peluang untuk KJ membuktikan beliau merupakan antara ‘Giant Killer’ untuk Umno dan BN sekiranya mampu menewaskan Anthony Loke Siew Fook pada PRU15.

Menteri Kesihatan itu berpeluang untuk menunjukkan kematangan berpolitik beliau serta kemampuannya untuk disegani lawan bagi menguji popularitinya.

Sudah pasti Umno Negeri Sembilan tidak akan sia-siakan seorang individu yang sangat berbakat seperti KJ dalam politik.

Khairy Jamaluddin sesuai jadi ‘Poster Boy’ BN

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker