Khairy tidak perlu risau, Pulai sedia menunggu

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Khairy tidak perlu risau, Pulai sedia menunggu

Khairy Jamaluddin tidak perlu risau mahu bertanding di kerusi Parlimen mana kerana Pulai sudah menunggu beliau.



Ketua Umno Bahagian Pulai, Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed, pernah menawarkan kerusi Parlimen Pulai kepada Khairy pada Jun 2022.

Pada pemerhatian Jazlan, Khairy atau KJ selayaknya bertanding di Pulai berdasarkan populariti dan personaliti beliau yang disukai anak muda.

Khairy tidak perlu risau, Pulai sedia menunggu

Mengikut data yang disediakan Jazlan, Parlimen Pulai mempunyai pecahan berikut – 48% Melayu, 40% Cina dan 12% India.



Khairy sebelum ini menyatakan kemungkinan tidak bertanding pada PRU15 kerana memberi laluan kepada Ketua Umno Bahagian Rembau, Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan.

Khairy tidak perlu risau, Pulai sedia menunggu
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan

Sewajarnya Khairy mempertimbangkan semula tawaran Jazlan sekiranya tidak yakin mampu mengalahkan Anthony Loke di Parlimen Seremban.

Khairy tidak perlu risau, Pulai sedia menunggu

Berbeza dengan Seremban, Negeri Sembilan yang berkepadatan 272,520 orang dengan 62.5% adalah Bumiputera, Pulai pula hanya ada 160,000 pengundi (data PRN Johor) dan ini akan memberi kelebihan buat KJ.



Ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Reezal Merican Naina Merican mengenai Khairy yang tidak boleh dipinggirkan pada PRU15 kelak.

 

Kepada Khairy Jamaluddin usahlah bersedih jika tidak dicalonkan di Rembau, sebaliknya perlu lebih bersemangat membuktikan kemampuan samada Parlimen Seremban atau Pulai.



Pilihan di tangan KJ untuk lebih berjaya dalam karier politik di masa hadapan.

Khairy akan bertanding di Parlimen Seremban?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button