Lewis Hamilton akui gagal kawal perasaan

ZANDVOORT, Belanda: Lewis Hamilton memohon maaf kepada pasukan Mercedesnya selepas melepaskan geram menerusi radio apabila kereta keselamatan mengganggu usahanya untuk menang di Grand Prix Belanda.

Juara dunia tujuh kali itu sedang mendahului perlumbaan di depan rakan sepasukan George Russel sebelum drama di akhir perlumbaan di mana Valtteri Bottas berhenti di tengah litar dan tidak menamatkan perlumbaan.

Hamilton kekal dengan tayar medium yang sudah haus manakala Russel dan Max Verstappen menukar kepada tayar lembut untuk pecutan di pusingan akhir.



“Saya rasa kami mempunyai jentera yang boleh menang. Kami dicabar dengan banyak perkara – kereta keselamatan, kereta keselamatan maya – tetapi strategi dan kereta amat baik hari ini.

“Hentian pit kami adalah yang terbaik. Saya amat berharap kami dapat penamat satu-dua sebagai satu pasukan, tetapi kereta keselamatan tidak membantu dan saya begitu marah, maaf kepada pasukan.

“Saya tidak tahu apa yang saya katakan! Saya hilang kawalan seketika, tetapi itu hanya kerana semangat yang membara,” kata Hamilton.

Juara dunia dan pendahulu kejuaraan, Verstappen memenangi perlumbaan untuk Red Bull hasil kesilapan strategi Mercedes itu.



Pemandu 24 tahun dari Belanda itu menceriakan lebih 105,000 penyokong tuan rumah di litar Zandvoort selepas menamatkan perlumbaan 4.071 saat lebih pantas daripada Russel.

Charles Leclerc dari Ferrari di tempat ketiga diikuti oleh Hamilton di tempat keempat.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button