KJ Tolak Tawaran PPBM Untuk Tubuh Parti Baharu

KJ Tolak Tawaran PPBM Untuk Tubuh Parti Baharu

KJ Tolak Tawaran PPBM Untuk Tubuh Parti Baharu

Ahli UMNO yang dipecat, Khairy Jamaluddin (KJ) memberikan bayangan untuk menubuhkan parti baharu.

Beliau berkata demikian dalam rancangan podcast Keluar Sekejap yang dihoskan bersama seorang lagi ahli UMNO yang digantung keahliannya, Shahril Hamdan.



Dengan kenyataan KJ itu, sekali gus membayangkan beliau telah membuat keputusan untuk tidak menerima pelawaan PPBM supaya menyertai parti tersebut.

“Saya sejak beberapa minggu ini sedang melihat kepada pilihan tersebut”.

“Saya lihat jika kita dapat permulaan kedua dalam politik, kenapa tidak permulaan itu on our own terms (mengikut syarat kita sendiri)”.

Namun begitu, KJ tidak menolak kemungkinan parti yang bakal beliau tubuhkan tidak mendapat sambutan di peringkat awal.



“Jika anda menubuhkan parti politik, anda boleh mengikut cara Pejuang – maaf saya kata – kehilangan wang deposit, diketawakan dan seumpamanya”.

“Tetapi mungkin anda berasa lebih puas kerana anda melakukannya dengan syarat anda sendiri”.

“Jadi kalau kita buat parti sendiri, kita kena bersedia untuk tidak memenangi beberapa pilihan raya, tetapi satu hari nanti siapa tahu,” jelas KJ.

Penulis menghormati keputusan KJ untuk menubuhkan parti beliau sendiri.



Sebagai negara demokrasi, beliau mempunyai hak untuk melakukannya.

Cuma apa yang pasti, apabila parti itu ditubuhkan, kuasa undi orang Melayu pasti akan berpecah lagi setelah beberapa kali dipecahkan oleh Dr Mahathir.

Sebagai seorang ahli politik yang sering menggunakan nasib bangsa Melayu sebagai slogan perjuangan, tidakkah beliau terfikir mengenai perkara itu?

 



KJ Tolak Tawaran PPBM Untuk Tubuh Parti Baharu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button