Wargas emas, remaja terperangkap banjir diselamatkan

Kuala Penyu: Wanita warga emas dan remaja lelaki yang terperangka banjir diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas rumah mereka di Kampung Kasugira di sini, dinaiki air malam tadi.

Dalam kejadian pada 7 malam itu, kedua mangsa berusia 70 dan 16 tahun terbabit dilaporkan terperangkap dan sukar untuk keluar dari rumah mereka.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.30 malam.

Menurutnya, seramai empat pegawai dan anggota bersama sebuah jentera terus dikerah ke lokasi kejadian.



“Kedua mangsa dilaporkan terperangkap di dalam rumah yang sudah mula dinaiki air disebabkan hujan lebat beberapa jam sebelum itu.

“Pasukan bomba terus bertindak membawa keluar dan mengiringi kedua-dua mangsa ke lokasi selamat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi bahaya lain sebelum operasi ditamatkan pada 8.10 malam.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker