Program kerjasama kolej komuniti, sektor swasta

Oleh – Rohana Man


Program kerjasama kolej komuniti,  sektor swasta
Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad (tengah) hadir merasmikan program Women’s Empowerment Kolej Komuniti Masjid Tanah di Melaka, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 80 peserta program Women’s Empowerment Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) menerima manfaat daripada penganjuran program tersebut yang diadakan dengan kerjasama sektor swasta , baru-baru ini.

Menurut kenyataan media, program yang berlangsung di Masjid Tanah, Melaka itu memberi peluang kepada komuniti setempat khususnya ibu-ibu tunggal dan golongan B40 untuk mempelajari pelbagai jenis kemahiran yang boleh dijadikan sumber pendapatan mereka.

Antara kursus kemahiran yang ditawarkan sepanjang program berlangsung ialah menghasilkan kek marble, jahitan bantal bunga, kraftangan (decoupage) dan pembiakan tanaman hiasan.

“Turut diadakan pada akhir program ialah Majlis Pertukaran Certificate of Collaboration (CoC) yang dimeterai antara KKMT bersama Global Rail Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi signal dan komunikasi rel,” kata kenyataan itu.

Majlis penutup program berkenaan disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Pada majlis itu juga, Noraini melancarkan program sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat KKMT bagi tahun 2022.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPK), Zainab Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat KKMT, Datuk Wira Latipah Omar dan Pengarah KKMT, Zaidi Othman.

Mengulas lanjut, kenyataan itu menyebut bahawa kolaborasi antara KKMT dan Global Rail Sdn Bhd itu bakal menjadi platform kerjasama dalam pertukaran idea dan teknologi bagi pelaksanaan program Diploma in Rail Signalling and Communication Technology (DSC) yang ditawarkan di KKMT.

“Program DSC ini turut menerima sumbangan peralatan daripada syarikat Global Rail Sdn Bhd bernilai RM350,000 melalui pelaksanaan program Industrial Collaboration (ICP) di bawah kendalian Technology Depository Agency (TDA),”tambah kenyataan tersebut.

Antara peralatan yang diterima ialah Mesin Pengubah Laluan Keretapi (Azd Praha Point Machine), Isyarat Lampu Tiga Aspek, Pengalir Voltan Tinggi (Cantilever Configuration), Low Speed Section Insulator dan Besi Landasan Keretapi (7″ Pair Rail Steel).

Sumbangan peralatan itu bakal memberikan impak besar kepada pelajar program DSC bagi membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan kemudahan peralatan yang dilengkapi teknologi terkini

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker