Ringgit kukuh sedikit berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit mencatatkan kenaikan semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa dalam keadaan sentimen bercampur-campur.

Ini memandangkan pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) dua hari Bank Negara Malaysia (BNM) mulai esok, kata penganalisis.

Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4860/4895 berbanding dolar AS daripada 4.4900/4940 ketika ditutup pada Isnin.



Penganalisis berkata pasaran menjangkakan MPC BNM terus menaikkan kadar dasar semalaman sebanyak 25 mata asas lagi semasa mesyuarat minggu ini.

“Selagi Rizab Persekutuan AS kekal di landasan untuk kenaikan kadar yang lebih tinggi dalam beberapa bulan akan datang dan kebimbangan mengenai (ekonomi) China berterusan, kami berpandangan kebanyakan mata wang negara Asia termasuk ringgit akan bersifat defensif berbanding dolar AS,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button